Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Alhamdulillah pada hari semalam 13/4/2017 inbox kami menerima email daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu beliau dan pasangan telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada beliau dan pasangan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah.

Alhamdulillah pada 10/4/2017 inbox kami menerima email daripada ahli baitulmuslim yang telah bertemu jodoh dan mendirikan rumahtangga di baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang dibina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini. Berikut merupakan email yang telah diberikan kepada kami.

"saya sudah berjumpa jodoh dan dah nikah dgn jodoh saya yg saya temui melalui
baitulmuslim ini. terima kasih."

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi, hari ini sekali lagi inbox baitulmuslim.com menerima email pemberitahuan daripada calon yang telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan, kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal ke syurga Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh calon.

"sy sudah bertemu jodoh dalam baitulmuslim hujung tahun lepas..insyaallah bakal membina masjid pada bulan 7 ini.. doakan kami :)"

Alhamdulillah hari ini kami menerima mesej daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu kami bahawa beliau telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Kami di baitulmuslim.com sangat berbesar hati menerima perkhabaran ini dan mendoakn agar baitulmuslim yang dibina kekal hingga ke syurga Inshaa Allah. Disini kami lampirkan mesej yang dihantar oleh beliau.

Alhamdulillah. Hari ini kami menerima lagi perkhabaran gembira daripada ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang dibina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.

Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.
“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah kepada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"

Alhamdulillah pada 4/4/2017 inbox kami menerima berita gembira daripada ahli baitulmuslim.com. Beliau memaklumkan kepada kami bahawa beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan di baitulmuslim.com. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga Inshaa Allah.

Alhamdulillah hari ini inbox kami menerima satu lagi berita gembira daripada ahli baitulmuslim.com. Beliau telah memaklumkan kepada kami yang beliau telah bertemu jodoh dengan pasangan di baitulmuslim.com dan telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Berikut adalah email yang telah dihantar oleh beliau.

 

"Assalamualaikum admin .. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada web Baitul Muslim kerana menemukan saya dengan suami saya .. saya kenal suami saya melalui web ini .. ID suami saya ialah xxxxx .. kami kenal pada xxxxxx xxxx, bertunang pada xxxxxxx xxxx & berkahwin pada xx/xx/xxxx .. sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Baitul Muslim & team .."

Alhamdulillah di hari jumaat yang mulia ini penghulu segala hari, kami menerima perkhabaran gembira daripada ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang di bina kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut merupakan email yang dihantar kepada kami.

"Assalamualaikum... terima kasih admin ... Alhamdulillah bertemu jodoh di BM. InsyaAllah..Amin ya rabbal alamin..:-)
Saya juga sudah mengisi maklumat di form maklumat telah bertemu jodoh baitul muslim..Terima kasih admin.."

Alhamdulillah. Sekali lagi kami telah mendapat email dari peserta baitulmuslim.com yang memaklumkan kepada kami bahawa telah bertemu jodoh melalui baitulmuslim.com. Kami mendoakan moga baitulmuslim yang dibina ini akan kekal hingga ke syurga. Ingatlah pesanan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bernikah, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh imannya. Oleh kerana itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah dalam separuh yang berbaki itu” (Hadis riwayat Tabrani).

Berikut merupakan email yang telah di hantar kepada kami.

"Assalamualaikum admin baitul muslim. Saya cuma nak maklumkan yang saya dan
pasangan ( kenal melalui baitul muslim ) telah selamat bernikah pada xx/x/2017
lalu...Alhamdulillah...kami kenal melalui medium baitul muslim. Saya rasa
medium ni sangat-sangat membantu bagi mereka yang sedang mencari jodoh.
Hihi... terima kasih admin baitul muslim..."

Alhamdullilah semalam inbox kami menerima berita gembira dan ini merupakan pemberitahuan bertemu jodoh kedua untuk hari semalam, calon baitulmuslim telah memberitahu kami bahawa mereka telahpun bertemu jodoh di baitulmuslim. Kami di baitulmuslim mendoakan semoga keluarga yang dibina kekal hingga ke syurga Inshaa Allah. Berikut adalah email yang telah dihantar oleh calon kepada kami.

 

"Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya dah bertemu jodoh di baitulmuslim. Harap pihak tuan dpt keluarkan saya dari bm. Terima kasih"