Bertemu Jodoh

Kepada pasangan yang bertemu jodoh di Baitulmuslim.com, anda boleh memaklumkan kepada kami. Klik sini untuk mengisi makluman bertemu jodoh.


Alhamdullilah pada petang semalam inbox kami menerima berita gembira daripada calon baitulmuslim.com yang telah memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu jodoh di baitulmuslim.com beberapa bulan yang lalu. Kini mereka sedang menunggu kehadiran cahaya mata mereka yang pertama. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga dan selamat menerima cahaya mata yang pertama. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang telah kami terima daripada beliau.

"Terima kasih kerana menyediakan medium ini buat kami sebagai pencari jodoh. Allah sudah tentukan ajal, rezeki dan jodoh kita. Pihak tuan menjadi jalan buat kami. Jazakallukhairan kathira kami ucapkan. Sekarang kami menunggu kehadiran cahaya mata yang bakal menyerikan lagi perkahwinan kami".

Alhamdulillah inbox kami sekali lagi menerima email daripada ahli baitulmuslim yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan telah mendirikan rumahtangga. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

"Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selepas 2 minggu mendaftar di baitulmuslim, berkenalan dengan bakal suami.. merancang untuk bertunang dan seterusnya berkahwin setahun kemudian.. Terima kasih admin."

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi, hari ini inbox baitulmuslim.com menerima email pemberitahuan daripada calon yang telah bertemu jodoh di baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan, kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal ke syurga Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh calon.

"Saya teleh menemui jodoh saya di baitulmuslim ini. Terima kasih yang tak terhingga diatas pertolongan pihak Tuan sehingga saya menemui jodoh saya. Kami telah pun berkahwin. Terima Kasih."

Alhamdullilah sebentar tadi inbox kami menerima berita gembira, calon baitulmuslim.com telah memberitahu kami bahawa akan mendirikan rumahtangga , kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga inshaallah.

Alhamdulillah pada petang ini inbox kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

"Assalamualaikum,

Saya sudah berjumpa jodoh di Baitul Muslim dan sudah pun bertunang pada XX/XX/XXXX dengan calon XXXXX. Majlis akad nikah akan berlangsung pada XX/XX/XXXX dan bersanding pada XX/XX/XXXX. Terima kasih Baitul Muslim atas pembukaan website ini. Saya akan jemput pihak BM bila kad undangan siap. Mohon doakan agar persiapan majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih."

Alhamdulillah. pada hari ini sekali lagi kami menerima perkhabaran gembira daripada ahli baitulmuslim.com yang telah berkahwin melalui baitulmuslim.com. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang dibina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini.

Sepotong hadis kami bawakan sebagai peringatan bersama.

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi)"

Berikut adalah email yang kami terima daripada beliau.

"Salam, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak baitulmuslim kerana melalui website baitulmuslim.com saya ditemukan jodoh disini. Saya mula register pada tahun 20XX alhamdulillah pada XX XX 20XX saya dan pasangan diijabkabulkan. Dan saya juga mendoakan semua ahli baitulmuslim.com bertemu jodoh. Jodoh Allah itu pasti tapi usaha dan ikhtiar itu perlu kita lakukan juga. Akhir kata, terima kasih baitulmuslim.com dan saya doakan moga baitulmuslim berjaya di masa hadapan. Wassalam."

Alhamdulillah hari ini inbox kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim.com yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kami di baitulmuslim mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

 

Berikut adalah mesej yang dikongsikan bersama kami:

"Assalamualaikum tuan admin. alhamdulillah syukur hadrat ilahi kami telah bertunang XX XX 20XX yg lalu dan insyaAllah majlis pernikahan kami pada XX XX 20XX nanti. kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana website ini telah menjumpakan kami. dari Allah kami dtg dan kepadaNya kami kembali. alhamdulillah pujian syukur pd Allah. segala kerjasama pihak tuan admin amat kami berterima kasih. Semoga terus maju jaya. ;)"

Alhamdulillah pada 17/4/2017, kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga baitulmuslim yang dibina kekal hingga ke syurga. Kami ucapkan barakallahulakuma wa barakah alaikuma wal jama'a bainakuma fil khair kepada pasangan ini. Berikut adalah salinan email yang telah kami terima daripada beliau.

 

"Assalamualaikum,

Saya sudah bertemu pasangan dan sudah berumah tangga.

Sekian terima kasih"

Alhamdulillah baru-baru ini inbox kami telah menerima email daripada ahli baitulmuslim yang memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan bertemu di baitulmuslim.com dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kami di baitulmuslim mendoakan semoga baitulmuslim yang bakal dibina akan kekal hingga ke syurga. Inshaa Allah. Berikut adalah email yang dihantar oleh beliau kepada kami.

 

"Assalamualaikum,

Terima kasih Baitulmuslim. InsyaAllah saya akan berkahwin dengan pasangan yang saya temui dari Baitulmuslim juga pada bulan xxxxxxx ini. Dan ditakdirkan kami sebenarnya pernah kenal sebelum ini. Doakan kami :)

Terima Kasih."

Alhamdullilah di hari jumaat yang mulia ini, inbox kami menerima berita gembira daripada calon baitulmuslim.com yang telah memberitahu kami bahawa beliau dan pasangan telah mendirikan rumahtangga. Kami di baitulmuslim.com mendoakan semoga baitulmuslim yang dibina kekal ke syurga Inshaa Allah.